Blog ISMA PD berpindah

blog ISMA PD telah berpindah ke :

 

http://isma-pd.blogspot.com/

 

 

Layari : http://isma-pd.blogspot.com/

 


Blog ISMA PD dalam pembikinan

assalamualaikum kepada semua yang mengunjungi blog Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) PD,kami masih dalam pembikinan blog yang kemungkinan akan berpindah dan akan di umumkan kemudian.Harap Maklum.

 

Program cuti sekolah : Motivasi Bijak Belajar 2011 – (15 Mac 2011)

Muat turun borang dan pamplet dalam format pdf   klik sini

Do’a buat Bonda..

 

Bunda…..aku tahu kadang bonda berdusta padaku…….
Ketika ananda dulu makan……bonda memindahkan nasi punya bonda
padaku…bonda berdusta dengan mengatakan “Bonda tidak lapar, makanlah nak”

Ketika aku dan adik mendapatkan ikan dari hasil pancingan, bonda memasak masakan yang enak dan bergizi dengan ikan tersebut, bonda hanya memakan sisa ikan tersebut…
bonda berdusta kepada kami…..”Makanlah nak…. bonda tidak suka ikan…..

Ketika kami sekeluarga dalam kesulitan…..aku & adik-ku semua harus sekolah…suatu malam kami terbangun melihat bonda masih bekerja demi agar kami meneruskan persekolahan  …….ketika ku tanya”Bonda kenapa belum tidur?”….Bonda berdusta….”Cepatlah tidur lagi nak…Bunda Tidak mengantuk lagi  ”

Ketika aku baru masuk sekolah dan aku masih enggan masuk sekolah…bonda mengantarkan, bunda menunggu kami (aku & adikku), ketika lonceng berbunyi….bonda menyambut kami dengan sebotol teh manis dengan peluh dan keringat yang membasahi Bonda…kami pun memberikan kembali botol tersebut pada Bonda…tapi Bonda berdusta kepada Kami dengan mengatakan ….”Bonda belum haus minumlah dulu……..

Bonda…….kami masih ingat ketika kami memakan 1 telor dadar yang diiris-iris dan dibagi untuk ananda dan adik-adik ….Ananda bertanya mana telor untuk Bonda?…….Bonda berdusta dengan menjawab..”Nanti Bonda masak lagi…………….

Bonda , ketika Bonda dengan tubuh yang lemah terbaring sakitpun, Bonda tersenyum kepada kami dengan menahan rasa sakit yang sangat. Bonda masih berdusta pada kami……..kami tak kuat menahan air mata kami. Tapi Bonda masih berdusta dengan mengatakan ” Jangan menangis sayang…..bunda tidak  apa-apa……

Bonda kami tahu sekarang arti dusta Bonda kepada kami…..Bonda teramat sayang dan cinta kepada kami..

Masih senantiasa teringat dalam benak kami…
Ketika kami muda betapa Ibunda ingin memeluk kami ..tapi kami mengunci kamar kami…..
Ketika sebagian dari kami lulus SPM Ibunda kami menangis terharu…..tapi kami berpesta dengan teman-teman kami..

Ketika Ibunda & Ayahanda kami membayar wang  kuliah dan mengantar kami kuliah pertama…tapi kami malah minta diturunkan di gerbang kampus karena malu dengan teman-teman kami..

Ketika mereka membantu biaya pernikahan…..akan tetapi malah kami menjauh pindah beratus kilometer dari mereka …

Ketika dia memberi nasehat cara merawat bayi……tetapi kami malah berkomentar “Maaf Bonda zaman sudah berubah……

Ketika mereka memendam rindu ingin bertemu kami …Bunda bilang “Nak  lebaran nanti pulang ya?”…akan tetapi apa Jawaban kami “Maaf Bonda kami sibuk dengan pekerjaan kami…….

Ketika di Usia mereka lanjut dan sakit-sakitan sehingga memerlukan perawatan kami…. sebagai gantinya malah kami membaca pengaruh negatif orangtua yang menumpang di rumah cucu-cucunya……
(Sehingga ketika sebagian besar dari kita, baru merasa seperti dijatuhi palu godam yang meremukan hati , ketika orang tua kita di panggil-Nya, bahwa ternyata kita belum melakukan apapun untuk kedua orangtua kita)

Untuk itu Ya Allah ampunilah kedurhakaan kami…
Ya Allah senantiasa perbaiki ahlak kami…
Ya Allah rahmatillah senantiasa orangtua kami.
Bunda ayahanda terima kasih atas segalanya…………..
Bunda Ayahanda kami rindu padamu saat ini…..
Bunda ayahanda kami ingin engkau hadir bersama kami………

Bunda Ayahanda maafkan segala kenakalan kami…………..
Ya Allah ampunilah kedurhakaan kami……
Ya Allah rahmatillah senantiasa ayah bunda kami kami.
Ya Allah cintailah…kasihilah…sayangilah mereka
sebagaimana mereka demikian sayang kepada kami……………………
RABBIGHFIRLI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SHOGHIRO

-Artikel di hantar oleh Ustazah Hayati Binti Md Zari (Ketua Biro Wanita ISMA PD)

 

Takziah buat Ustaz Sofee Mustafa dan Keluarga.

3 JAN 2011 – Salam Takziah di ucapkan kepada keluarga Ustaz Sofee Bin Mustafa di atas pemergian ayahanda beliau,Mustafa Hj Ishak,mengadap Ilahi pada pagi ini.

Untuk maklumat arwah ayahanda ustaz Sofee mengidap penyakit strok.Satu rombongan menziarahi arwah akan di adakan pada pagi ini dan pelajar-pelajar Kolej UNITI,InsyaALLAH akan ke Rembau untuk solat jenazah.Bagi Ikhwah dan Akhwat yang berkesempatan di harapkan dapat bersama-sama menziarahi bagi yang berkesempatan dan bagi yang tidak berkesempatan sama-sama kita menyedekahkan yassin dan al-fatihah.

 

ISMA PD berdoa agar arwah ayahanda ustaz Sofee,Mustafa Hj Ishak yang merupakan Imam Masjid Astana Raja,Kota,Rembau di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.Bagi keluarga Ustaz Sofee,walaupun kalian berada di Jordan( menyambung pelajaran ) semoga tabah menghadapi sunnatullah ini.

Bagi Ikhwah dan Akhawat yang ingin menziarahi,boleh lah ke Rembau ( rumah ustaz Sofee ),di Kota,atau lebih lanjut bolehlah berhubung dengan YDP PD,En Ja’far Suradi di talian 019-6624869.

Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH…

Konvensyen Wanita Islam Nasional

Untuk Maklumat Lanjut Layari :

KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL (KONWANIS) 2010

Perutusan khas sempena Isra’ dan Mi’raj

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat. Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam. Solat adalah penghubung hamba dengan Tuhannya, penghapus dosa dan pendinding daripada maksiat, serta keselamatan daripada azab kubur dan azab neraka. Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:

“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat.” (Riwayat Imam Muslim)

Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur

Solat merupakan ibadat tetap yang tidak luput kefardhuannya dalam apa jua keadaan. Ia mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf, tidak kira sama ada ketika ia sihat atau sakit, semasa lapang atau sibuk, musafir atau muqim, kaya atau miskin, raja atau rakyat biasa, semasa aman atau perang dan sebagainya. Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama Islam. Kefardhuan solat ini jelas berbeza dengan ibadat-ibadat fardhu yang lain. Sebagai contoh, ibadat haji hanya wajib kepada orang-orang yang berkemampuan, manakala zakat pula hanya wajib bagi orang-orang Islam yang mempunyai harta, yang cukup nisab dan haulnya. Demikian pula dengan puasa, yang wajib dikerjakan oleh muslimin yang sihat dan mampu melaksanakannya.

Solat, penghubung hamba dengan Tuhannya

Solat adalah tali penghubung di antara seorang hamba dengan Allah SWT. Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud:

“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Solat, penghapus dosa dan menjauhkan dari melakukan maksiat

Solat adalah penghapus dosa bagi hamba-hamba yang menzalimi diri mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu lakukannya, Allah mengampunkan segala dosa dan meninggikan darjat kamu? Para sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Menyempurnakan wudhuk meskipun ketika sukar (seperti dalam keadaan terlalu sejuk), memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat yang berikutnya setelah selesai solat sebelumnya, kerana yang demikian itu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melaksanakan ibadat yang berpanjangan.” (Riwayat Imam Muslim)

Kita sering mendengar firman Allah SWT yang berikut setiap kali azan berkumandang di televisyen:

“Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari melakukan maksiat dan perkara mungkar.” (Al-Ankabut: 45)

Adakah kita memahami maksud ayat yang agung ini lantas memeriksa solat yang kita tunaikan selama ini, adakah diterima oleh Allah SWT? Adakah solat yang kita tunai selama ini membawa perubahan pada tingkah laku dan akhlak kita?

Solat, keselamatan dari azab

Solat yang dilaksanakan dengan sempurna dapat menyelamatkan tuannya daripada seksaan kubur. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bermimpi tentang seorang lelaki yang sedang diazab di dalam kubur, kemudian datang solat yang dikerjakannya lalu menyelamatkannya dari azab kubur tersebut. Begitu juga solat akan menjadi penyelamat pada hari Kiamat bagi sesiapa yang memelihara dan menjaganya semasa hidup di dunia. Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solatnya akan menjadi cahaya, bukti (keimanan) dan menyelamatkannya pada hari Kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)

Seterusnya, Rasulullah SAW telah memberi jaminan kepada umat Islam, bahawa mereka tidak akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya mereka sentiasa memelihara solat, terutamanya solat Asar dan solat Subuh. Sabda baginda SAW yang bermaksud:

“Pasti tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbit matahari (Subuh) dan sebelum matahari tenggelam (Asar).” (Riwayat Imam Muslim)

Ingatlah amaran Allah SWT!

Marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang meninggalkan solat. Antaranya adalah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak solat, maka tiada agama baginya.” (Riwayat as-Sayuti)

“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapuslah segala pahala amalannya.” (Riwayat Imam Bukhari)

“Sesungguhnya apabila seseorang mukmin menunaikan solat, maka segala dosanya datang kepadanya lalu diletakkan pada bahagian kepala dan tengkuknya. Setiap kali dia rukuk dan sujud, segala dosanya itu akan jatuh berguguran.”

“Perkara pertama yang dihisab terhadap seseorang hamba ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya. Jika solatnya rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain.” (Riwayat at-Tabarani)

Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ayuh kita pelihara solat kita!

Ayuh wahai saudaraku! Marilah kita semua menjaga dan memelihara solat dalam kehidupan seharian kita, kerana solat itu adalah tiang seri agama kita. Renungi sabda Rasulullah SAW:

“As-Solatu imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad hadamad din.”

Maksudnya: “Solat adalah tiang seri agama, maka sesiapa yang menunaikan solat, maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas solat, di samping mengucap dua kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.

sumber:Sekretariat Dakwah & Sosial,
Ikatan Muslimin Malaysia

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.