Hari Keluarga ISMA Port Dickson

25 Mei 2010-Selasa-Sekali lagi program yang melibatkan semua ahli ISMA PD di adakan dengan jayanya di Kuala Linggi iaitu Hari Keluarga ISMA PD.Program ini pada awalnya di jangkakan akan diadakan di Cameron Highlands bagaimanapun mendapat beberapa kekangan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan walaubagaimanapun di gantikan di Kuala Linggi,Melaka.

Seramai hampir 50 orang yang hadir pada malam itu dan hampir 10 buah keluarga yang dapat bersama-sama dalam menjayakan majlis Hari Keluarga ini.Beberapa acara yang di jayakan antaranya cabutan bertuah dan bertukar-tukar hadiah bagi yang berkeluarga.Dalam masa yang sama Majlis hari keluarga ini juga pada awalnya di selangkan dengan program ikhwah dan akhawat iaitu Kem Al-Quran dan Daurah bagi akhawat.

Majlis pada malam tersebut di pengerusikan oleh Saudara Haika Hazim Bin Hamidon dan di mulakan dengan ucapan dari YDP ISMA PD iaitu En.Ja’far Suradi dan di susuli dengan ucapan perpisahan dari Saudara Ira Amirul Razali yang sudah menamatkan pelajarannya di Kolej UNITI.Antara isi ucapan dari YDP ISMA PD termasuklah pengharapan agar ukhwah antara ahli keluarga ISMA PD dapat di kuatkan lagi dengan adanya program seperti ini.Bukan itu sahaja malah menurut beliau lagi progam seperti ini perlu di teruskan agar kita sama-sama dapat berkumpul seolah-olah seperti keluarga yang besar.

Pada malam tersebut juga turut hadir iaitu YDP ISMA SEREMBAN Ustaz Azizee Bin Hasan dan beberapa ikhwah dari ISMA SEREMBAN.Pelbagai juadah yang dihidangkan pada malam tersebut yang di antaranya hasil tangan Ikhwah dan Akhwat dari ISMA PD sendiri.

Majlis Hari Keluarga kemudiannya berakhir kira-kira jam 10.30 malam.Pelbagai kenangan yang dapat diukir dari Ikhwah dan Akhawat ISMA PD semua sebaik sahaja selesai Majlis.Semoga majlis seperti ini dapat di teruskan lagi dengan jayanya agar ukhuwah di antara ahli-ahli ISMA PD dapat di bentuk dan seterusnya dapat mewujudkan satu perhimpunan “Keluarga Besar” ISMA PD dalam mendidik sifat kebersamaan dalam kalangan ahli ISMA PD.

Advertisement

4 Responses

  1. ana berharap pembina sentiasa utuh dalam semua program,,,dan harapan agar isma adakan lagi hari keluarga agar ukhwah sentiasa kukuh dan berlegar di hati
    salam ukhwah dari ana…

  2. salam..ana ucapkan syukran kpd semua yg terlibat,ana rasa ckup mantop ktk n slps mengikuti program2 pembina dan isma…sangat bersyukur,,salam ukhwah

    • alhamdulilah..teruskan thbat dalam jalan da’wah ini,insyALLAH antum akan berjaya dunia dan akhirat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.