29 Dis,Kolej UNITI : Pada 29 ,30, dan 31 PEMBINA Port Dickson telah melaksanakan dengan jayanya satu Nadwah Kepimpinan di Peringkat Kolej UNITI, Pelajar yang terlibat adalah seramai 30 orang. Diantara aktiviti yang telah dijalankan ialah ceramah dari Ustaz Soberi Awang yang bertajuk Cabaran Belia Islam dalam Era Globalisasi, Ceramah Ijazah dan Risalah oleh Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin , Ceramah Hadith Ghulamu Dakwah oleh Ustaz Sanusi Azmi, Explorace dan banyak lagi. Dapat dilihat,peserta yang terlibat dapat memberikan tumpuan yang jitu sepanjang Nadwah berlansung, Respon – respon juga amat memberansangkan dengan majoriti dari peserta mempunyai keinginan untuk menjadi penolong kepada ugama Allah. Cuba para pembaca bayangkan, rupa-rupanya masih wujud lgi pemuda- pemuda yang menginginkan iman dan tarbiyah, mari kita berusaha dan berdoa agar mereka menjadi pemuda harapan .Berikut saya paparkan sedikit respon-respon peserta yang dipetik dari borang muhasabah di akhir Nadwah. Semoga amal kita diterima Allah.
Respon peserta :
Ana berasa puas hati kerana segala pengisian yang diberikan berkaitan dengan dakwah. Segala pengisian yang diberikan membuatkan ana lebih berfikiran matang,intelligent,optimis dalam mengerjakan kerja dakwah.
Respon peserta :
Alhamdulillah program Nadwah Kepimpinan ini sangat menyeronokkan. Memberi manfaat pada diri saya sendiri. Doa ana semoga program seperti ini akan diadakan lagi untuk kita mengenali erti perjuangan dalam hidup ini tetap memerlukan tarbiyah yang berpanjangan dan terima kasih kepada pihak yang menganjurkan,wassalam.
Respon peserta :
Alhamdulillah saya rasa beruntung kerana dapat menyertai program ini. Slot- slot yang disampaikan banyak member kesedaran dalam diri saya untuk menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah.
Respon peserta :
Alhamdulillah, rasa sungguh gembira kerana ini kali pertama menyertai program macam ini, dan mendapat berbakul – bakul ilmu dan pengajaran. Tidak salah keputusan saya menyertai usrah. Rasa bersyukur dan thanks a lot kepada semua yang mendorong. Allah s.w.t., rakan- rakan dan parents yang member sokongan.
Respon peserta :
Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana terpilih sebagai bakal pejuang islam. Saya berasakan begitu teruja dan gembira menyertai Nadwah ini. Sebelum ini jiwa saya kosong, mencari sesuatu sesuatu yang tidak pasti hasilnya. Kini terdetik niat yang lahir hati kecil saya untuk menjadi seperti bayi yang baru lahir yang tiada dosa, saya ingin mendapat cinta hakiki dari ilahi. Saya berharap diatas penglibatan dalam ( PEMBINA ) ini dapat mematangkan saya menjadi hamba Allah yang beriman dan disayangi.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »


















dijamukan dengan ” Nasi Tomato ala Palong “. Jaulah Eid kali ini berakhir jam 8 malam apabila kami selamat sampai ke Kolej UNITI. Mudah mudahan Jaulah Eid kali ini memberi sesuatu yang berharga buat kita.










[/caption]